PEMBAHARUAN DI KAUSAR KREATIF

Sila berkunjung ke Laman Baru Kausar Kreatif yang telah diintegrasi. KLIK DI SINI

Klik untuk berkunjung

Klik untuk berkunjung
Sebuah karya e-novel interaktif

Saturday, May 23, 2009

Keindahan fotografi


"A Picture Is Worth A Thousand Word"


Begitulah pepatah inggeris menggambarkan betapa besarnya impak gambar berbanding dengan kata-kata. Bayangkan hidup kita tanpa gambar, hanya melihat dan membaca kata-kata. Begitulah peranan gambar dalam hidup kita, tambahan pula di zaman IT serba canggih ini. Suatu masa dulu fotografi adalah satu kareer professional dengan kelengkapan yang memakan beribu ringgit. Dengan peredaran zaman ia telah menjadi sesuatu yang boleh diceburi sesiapa sahaja sama ada seorang professional, seorang amateur, atau sekadar seorang yang berminat dan ingin mencuba.

Di zaman IT ini ada beberapa sebab mengapa anda perlu mencuba bidang ini:

1. Kecanggihan untuk menghasilkan karya anda sendiri memerlukan anda mempelajari teknik terbaru dan berkongsi pengetahuan dengan orang lain yang mempunyai minat yang sama. Ini boleh anda dapati dengan pelbagai sumber pengetahuan di internet termasuk forum seperti di Photomalaysia.com

2. Pelbagai kemudahan untuk berkongsi dengan kawan dan komuniti di internat seperti Flickr , Winkflash dan Webshot atau membuat laman web atau laman blog anda sendiri dan berkongsi dengan seluruh dunia!

3. Kamera digital yang mampu anda miliki hari ini memiliki fungsi yang canggih setanding kamera professional pada 10 tahun lalu yang berharga beribu ringgit. Kemudahan mengambil beratus gambar di dalam satu kad memori SD juga memudahkan anda tanpa perlu mencetak semua gambar tersebut untuk melihat hasilnya. Dengan LCD panel pada kamera anda, anda dapat melihat hasil kerja anda dalam keadaan WYSIWYG (apa yang anda lihat adalah hasil yang sebenarnya)

Antara kamera yang agak popular masakini adalah Canon Powershot a590

4. Jika 10 tahun lepas anda perlu menghantar negatif filem anda ke kedai foto untuk mencucinya. Tetapi kini anda hanya perlu mencucuk kabel USB kamera digital anda ke komputer dan memuat turun semua gambar ke dalam hard disk computer anda. Anda kemudiannya boleh memilih mengikut citarasa untuk terus mencetaknya di pencetak foto anda, tanpa perlu menunggu sejam atau sehari untuk dicetak di kedai foto.

Terdapat pelbagai pencetak foto yang canggih contohnya Epson Picturemate Dash PM260 dan Canon Selphy CP760


5. Sekiranya anda tidak mahu mencetak gambar anda, anda hanya perlu mencucuk kabel kamera digital anda ke TV, pemain VCD atau pemain DVD anda untuk melihat foto yang anda ambil bersama keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan anda. Dengan program yang sesuai anda boleh menjadikannya slaid foto dalam bentuk VCD atau DVD


6. Pelbagai kemudahan di internet untuk menukar koleksi gambar anda menjadi slideshow dengan muzik dan efek canggih seperti di One True Media. Dengan hanya gambar foto anda boleh menjadikan satu karya montaj video yang canggih seperti ini




7. Pelbagai teknik canggih untuk menghasilkan gambar anda menjadi satu hasil seni yang mengagumkan menggunakan program professional seperti Photoshop ataupun program-program percuma seperti Picasa dan Gimp 2.6


Berikut adalah beberapa contoh yang dapat anda lihat bagaimana hasil yang kurang bermutu bertukar menjadi foto hebat seperti hasil karya seorang profesional




8. Anda boleh menjadikan foto sebagai satu hobi untuk kepuasan diri anda atau anda boleh menghasilkan karya yang bermutu untuk dijadikan clipart di pelbagai laman stock photo di internet. Antaranya adalah:
1. iStock Photo

2.
Microstock Photo

3.
Shutterstock

4.
Dreamstime

5.
Fotolia

6.
123RF

7.
Stock Expert

8.
Big Stock Photo

9.
Featurepics

10.
CanStock Photo


Sama ada sebagai hobi atau untuk sumber pendapatan tambahan, kecanggihan digital fotografi di zaman ini sudah cukup untuk memberikan anda kepuasan untuk berkarya dan berkongsi minat serta hasil karya anda bersama keluarga, saudara-mara, rakan-rakan malah dengan komuniti online seluruh dunia sekalipun.
Jika anda masih belum menceburkan diri dan telah mendapat suntikan inspirasi yang baru sekarang, selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment